Saturday, October 24, 2009

AIG III: Skuad futsal negara sasar pusingan kedua

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXZsu6xP9hER3kQSDq2NyO5AUliMVdNyoS-kBpHO5fNjny2zNmK9bBY6PEWgRKkPDX04Av1FHUqJfZnh63VTqWRzvheyHCK9kpxghKjOg9kVQW-kHnuYAjbA1lg1H2WLSMOClGzTsQ0M_i/s320/Futsal+Men%27s.jpg

SKUAD futsal lelaki dan wanita kebangsaan meletakkan sasaran untuk melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya Sukan Dalam Dewan Asia 2009 (AIG III) di Ho Chi Minh, Vietnam yang akan bermula Rabu depan.

Pengurus skuad futsal kebangsaan, Hamidin Mohd. Amin berkata, skuad lelaki diharap sekurang-kurangnya mengulangi kejayaan ke suku akhir pada edisi 2007 di Macau manakala skuad wanita yang terkandas pada peringkat kumpulan ketika itu berpeluang cerah ke separuh akhir kali ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiWZASQBx2ooliz0F08HDEmuFnJHiQnJXyZtigyb64SDLYtTmA3tA-bhwgbBUcASqEaUaks1wyi_16D0jY-RE6IHP7h3uDWSWQQDbX0I8TqvY6t7xWDlmESPyE2XknFEUOwOhyphenhyphenDu-ZRkWK/s320/Futsal+vs+Iran.jpg

"Dua tahun lalu, skuad lelaki tewas kepada Uzbekistan pada suku akhir. Diharap kehadiran beberapa pemain baru dapat meningkatkan prestasi pasukan dan kita dapat memperbaiki rekod tersebut di Vietnam nanti.

"Bagi skuad wanita pula, mereka telah mendapat bebe- rapa pemain baru yang berkualiti dan akan digabung dengan beberapa senior dari skuad Sukan SEA 2007.

"Saya lihat prestasi mereka kini lebih mantap," katanya pada sidang media di Hotel Hilton, Petaling Jaya malam kelmarin.

Pada AIG III nanti, skuad lelaki negara yang diundi dalam Kumpulan C akan bertemu Vietnam pada 28 Okto- ber diikuti Jordan (30 Okto- ber) dan Bahrain (1 November).

Dua pasukan teratas akan mara ke suku akhir.

Senarai 14 pemain lelaki dianggotai tiga tonggak senior, Addie Azwan Zainal, Fadhil Yusoff dan Jamhuri Zainuddin serta pemain-pemain lain iaitu Firdaus Razali, Safar Mohamad, Ruzaley Abd. Aziz, R. Deventhiran, Fairus Mohd. Noor, Muizzudin Haris, Qaiser Heshaam Kadir dan Fadzil Karnim.

Turut disenaraikan, tiga muka baru iaitu Khairul Rizuan Harif Pagilah, Hafis Awang dan Khairil Effendy Bahrin.

"Skuad kita kali ini ramai pemain muda. Mereka telah menampilkan prestasi yang amat baik sepanjang dua bulan latihan ini," kata jurulatih skuad lelaki, P. Balakrishnan.

Skuad wanita pula yang dibimbing Chiew Chun Yong diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu Jordan pada 28 Oktober, Vietnam (30 Oktober) dan Thailand (1 November).

Dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir.

Hanya enam pemain wanita dari skuad Sukan SEA 2007 masih dikekalkan iaitu Nor Diana Hamid, Shahila Yunus, Farahiyah Ridzuan, Noor Asyikin Mohamad Noor, Siti Norazizah Jamal dan Nurul Aishah Mohd. Nor.

Baki lapan pemain terdiri daripada tenaga baru iaitu Denisa Khoo Fern Ying, Angela Kais, Rina Jordana Adnan, Steffi Sarge Kaur, Noorhayanti Salleh, Rebecca Jane Harding, Farhana Abdullah dan Nor Faizah Md. Akair.

No comments: