Wednesday, October 28, 2009

AIG III: Cabaran skuad futsal negara bermula

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXZsu6xP9hER3kQSDq2NyO5AUliMVdNyoS-kBpHO5fNjny2zNmK9bBY6PEWgRKkPDX04Av1FHUqJfZnh63VTqWRzvheyHCK9kpxghKjOg9kVQW-kHnuYAjbA1lg1H2WLSMOClGzTsQ0M_i/s320/Futsal+Men%27s.jpg

SKUAD futsal lelaki dan wanita kebangsaan akan turun beraksi pada perlawanan pertama mereka pada temasya Sukan Dalam Dewan Asia 2009 (AIG III) di Ho Chi Minh, Vietnam petang ini.

Skuad lelaki yang dibimbing P. Balakrishnan akan bertemu Vietnam pada aksi sulung Kumpulan C pada pukul 5 petang ini (waktu Malaysia) sebelum turun menentang Jordan (Jumaat) dan Bahrain (Ahad).

Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan di dua tangga teratas untuk mara ke suku akhir, pencapaian yang dicatat pada edisi sebelumnya di Macau pada 2007.

Skuad wanita pula yang dibimbing Chiew Chun Yong bakal turun pada perlawanan sulung dalam Kumpulan B bertemu Jordan pada pukul 5 petang ini (waktu Malaysia) sebelum menentang Vietnam (Jumaat) dan Thailand (Ahad).

Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B terus layak ke separuh akhir kerana kategori wanita disertai lapan pasukan.

Skuad lelaki negara dianggotai tiga tonggak senior, Addie Azwan Zainal, Fadhil Yusoff dan Jamhuri Zainuddin serta pemain-pemain lain iaitu Firdaus Razali, Safar Mohamad, Ruzaley Abd. Aziz, R. Deventhiran, Fairus Mohd. Noor, Muizzudin Haris, Qaiser Heshaam Kadir dan Fadzil Karnim.

Turut disenaraikan tiga muka baru iaitu Khairul Rizuan Harif Pagilah, Hafis Awang dan Khairil Effendy Bahrin.

Skuad wanita negara pula menampilkan enam pemain dari skuad Sukan SEA 2007 iaitu Nor Diana Hamid, Shahila Yunus, Farahiyah Ridzuan, Noor Asyikin Mohamad Noor, Siti Norazizah Jamal dan Nurul Aishah Mohd. Nor.

Baki lapan lagi pemain terdiri daripada Denisa Khoo Fern Ying, Angela Kais, Rina Jordana Adnan, Steffi Sarge Kaur, Noorha- yanti Salleh, Rebecca Jane Harding, Farhana Abdullah dan Nor Faizah Md. Akair.

1 comment: